PENGALAMAN & PERKONGSIAN BERSALIN DI HOSPITAL LIKAS WAKTU PANDEMIC

Tuesday, January 26, 2021


Bersalin waktu Pandemic sangat penting jika ada persiapan yang cukup tapi minimal , jadi hari ini saya mahu kongsi beberapa keperluan yang perlu dibawa pada waktu bersalin. 

Saya juga akan kongsi situasi ataupun procedure Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas) sepanjang pandemic.

Mengikut pengalaman saya bersalin waktu pandemic saya boleh ringkaskan di sini, kita jangan letak high expectation Nurse akan immediately datang bila kita perlukan sesuatu

Sepertimana yang saya difahamkan (itu pun saya sempat bertanya dengan Nurse)
Nurse yang bertugas dalam 1 masa terpaksa di hadkan ke beberapa shift bagi mematuhi SOP Sosial Distancing

Kalau biasanya 1 Shift ada 10 orang dikurangkan ke 6 sahaja , jadi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan , kita sendiri lah yang persiapkan diri kita awal2.

Kita mula dari 

Procedure sepanjang Pandemic.

PELAWAT tidak dibenarkan berada didalam & diruangan menunggu Ward Bersalin.

SUAMI atau PENJAGA hanya dibenarkan berada di luar pintu masuk HWKKS yang dekat farmasi tu.

Penghantaran makanan , pakaian , document dll akan diserahkan 100% pada Security yang bertugas pada waktu itu. Mereka yang bertanggungjawab menghantar semua kiriman untuk pesakit. Jadi ini sangat penting untuk para Suami & Penjaga untuk ambil tahu ;

- Nama Penuh Isteri & Nombor Hp Isteri (hehe)
- Keberadaan Isteri , adakah di WARD KENANGA 1 | KENANGA 2 | JIKA MASIH BERADA DI UNIT PENILAIAN.
- Nombor Bilik 
- Nombor Katil 

So ini Communication anda dan pasangan anda sangat penting.

SWAB TEST COVID akan dilakukan jika anda mempunyai Simptom seperti demam , flu , hilang deria bau & rasa

Jika anda daripada Zone Merah
Usually anda akan dapat consultation dari KK kawasan masing-masing, adakah perlu buat Swab Test di Hospital Area anda dulu atau sampai Hospital Likas baru buat screen test covid which is sebelum admit ward atau sebagainya. 

➤ Additional infomasi , Sepanjang berada di ward kita dan baby ada Pakaian khas.So boleh la elak bawa baju banyak2


BARANGAN PERSIAPAN BERSALIN DAN SELEPAS BERSALIN 

KEPERLUAN A

Documentation
Buku Klinik Ibu
Surat-surat dari doctor yang wajib dibawa
IC 
Passport

Electronic 
Handphone
Powerbank 
Charger handphone
Extension Plug

KEPERLUAN B

Ketika berada di LABOUR ROOM 

1. Zip Bag Pertama - Masukkan keperluan Ibu

1x Spender
5 Keping Overnight Pads
1x Mini Bottle Hand Sanitizer Dettol
3 keping Mask
1 Pasang Stocking 
1 Helai Lengan panjang tahan sejuk 

2. Zip bag Kedua - Masukkan Keperluan Baby

2 Keping Pampers New Born
1x Swaddle / Kain Bedung 
1 mini pack Tisu Basah

3. Zip Bag KeTiga - Masukkan Persiapan Makanan Selepas Bersalin

Sebab akan mengambil masa yang lama juga untuk kita berada di situ sebelum dipindahkan ke ward biasa. Jadi korang faham la kan ada orang lepas bersalin tiba2 lapar sangat, jadi bagi anda yang macam ni sila buat persediaan awal.

1 Paket Milo 
1 Paket Biscuit Jacob

& Bawa Thermos Kecil isi air panas siap2 

Sebab macam yang cakap awal-awal kita tidak boleh salahkan Nurse yang bertugas waktu itu lambat assist kita , sebab ada ramai patient tapi yang bertugas pada masa tersebut sedikit. Jadi kita sendiri yang harus bijak bawa diri di Labour Room Nanti.

Pengalaman saya , saya bersalin 9.06am tapi dapat masuk ward jam5pm. Nasib baik saya tidak terlalu lapar ,macam hilang selera makan pula lepas bersalin , cuma letih saja berbaring di katil yang keras ehehe.

KEPERLUAN C

Ketika Berada Di Ward Kenanga 1 & 2 (Sebelum Bersalin & Selepas Bersalin)

1. Zip Bag Pertama 

Spender Secukupnya Bawa Extra Siap2 (Pengalaman saya untuk 1 hari 1 malam 10 helai Spender saya pakai) Sebab Virus ada dimana2 , berkongsi toilet pula kan . Jadi saya setiap kali masuk toilet akan tukar pads & spender.

Pads Bawa Extra siap2. Jangan last minit suruh hubs hantar bukan apa saya pun tidak sampai hati husband ulang alik hospital mudah mereka terkena virus. Jadi kita sendiri managed keperluaan kita elok-elok.

1 Pasang Pakaian Untuk Discharge 
1 Helai Towel bawa mini size sahaja senang cari space untuk jemur bila basah 
3 Pasang Stocking 


2. Zip Bag Kedua 

2 Pasang Baju Baby 
2 Set Topi , sarung tangan & sarung kaki Baby
2 Helai kain Bedung / lampin
2 Helai Towel 
1 mini bottle Minyak kayu putih 
1 Large pack Tisu Basah 

Kalau ada soalan kena pakaian baby perlu bawa extra. My answer is sebab prevent kuman atau virus yang melekat di pakaian baby sepanjang berada di ward.

KEPERLUAN D

EXTRA PREPARATION 
- Vitamin Post Natal Set Shaklee

- Milo Packet

- Biscuit Jacob jenis packet 

- 3L Mineral Water Spritzer (Depands) bawa 1l dulu pun boleh , yang selebihnya nnt minta husband hantar kan. Tapi kalau yang datang tanpa suami rumah jauh pula tu bawa la standby siap2. 3L still ok la kita angkat tidak berat sangat lagi , kalau tidak boleh juga minta la tolong guard angkat drg faham juga tu.

- BPA Free Container , Gelas , Bottle air & Sudu 

- Travel Size sabun mandi , pencuci muka , ubat gigi , berus gigi.

- Bawa Dish Wash , masukkan dalam mini bottle.

- Sanitizer jenis Spray 

- Bawa at least 10 keping mask. Tapi saya ... saya bawa 1 kotak. 


EXTA INFORMASI KETIKA BERADA DI RUANGAN PENILAIAN (PAC)

Di ruangan ini akan mengambil masa yang lama untuk kita berada di situ , saya di fahamkan disebabkan Nurse & Doctor yang bertugas harus mengikuti SOP Sosial Distancing jadi tidak ramai yang bertugas dalam satu Shift. Jadi kita harap maklum sedia jika giliran kita lambat .. tapi saya percaya mereka sentiasa buat yang terbaik untuk kita. Jadi apa yang perlu waktu berada di PAC

1. Saya Prefer pakai Luggage (Travel bagasi) senang , sebab waktu itu kita tidak tahu kebarangkalian berlaku pada kita , jika terlalu banyak hand carry contoh 1 bag untuk Anda , 1 lagi untuk baby dan 1 lagi bag makanan. Minta Maaf saya cakap sesak saya tengok mama yang sudah sarat tapi pegang terlalu banyak bag lain lagi satu backpack. Harap cara saya share ini membantu la ya.

2. Tidak kira apa keadaan anda masa itu , contoh macam saya , belum sampai due tapi sudah ada komplikasi atau sebagainya , jika anda dikehendaki masuk di PAC ini perkara wajib anda harus bawa. 

Bawa siap2 semua barangan KEPERLUAN A , B , C & D walaupun belum ada tanda2 bersalin , ini pengalaman saya sendiri kebarangkaliaan bersalin awal bila2 akan berlaku.

3. Bawa Extra Makanan Berat macam Mee Hoon Goreng , Nasi Campur , Bubur siapa2 untuk elak perut lapar dan lemas sepanjang berada di PAC sebab tidak ada makanan dan minuman yang disediakan. Juga tidak dibenarkan keluar once sudah masuk di PAC , kecuali jika ada Suami menunggu di Luar Hospital atau rumah dekat dengan hospital , ini tidak ada masalah untuk minta hantar makanan bila2 masa. Makanan serahkan pada Security yang bertugas dan security akan hantar pada anda di PAC.

Biasanya yang datang dari jauh , ada suami yang terpaksa stay back di hospital , tidur dalam kereta atau sewa hotel dan ada juga yang stay dirumah saudara buat sementara waktu. Untuk ini tiada masalah.

Tapi jika anda dari luar daerah , berlaku komplikasi secara tiba2 , kemudian anda perlu di hantar di Hospital Likas menaiki ambulance , Suami anda pula tidak dapat ikut bersama dengan anda , mungkin keadaan yang tidak mengizinkan contoh masalah kesihatan atau terpaksa menjaga anak kecil yang lain di rumah , na ini anda boleh minta tolong dengan Petugas yang berada di Ambulance untuk singgah membeli makan kamu sepanjang berada di PAC sahaja.

Jujur saya katakan saya tidak salah memilih bersalin di Hospital Gov waktu pandemic haha sebab bilik ward pun tidak sesak, hanya ada beberapa katil sahaja , Staff Nurse sentiasa round , doctor sentiasa ada tengok kita , check file kita.

& Mereka buat kerja pun sangat cepat , jika keadaan ibu dan baby sihat2 sahaja , doctor akan suruh discharge awal.

bagi yang tinggal luar daerah pun tidak perlu bawa banyak pakaian , bawa extra pads & pampers baby sahaja cukup sebab makan pagi , tengah hari , minum petang & makan malam disediakan.

So Overall , untuk keperluan A , B , C & D boleh muat dalam 1 Luggage , hanya mineral water dan makanan ringan lain yang kita hand carry 

Semoga perkongsiaan saya jelas dan bermanfaat 

LOVE,
Lysa.

You Might Also Like

2 comments

  1. Hi sis..thanq for ur sharing..nak tanya hospital likas boleh request 1st class or 2nd class ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Puan boleh .. boleh tanya or inform nurse KKIA masing-masing awal2 untuk dapat booking letter

      Delete

Blog Achieved