Cara Merawat Mata Anak Kucing Bertahi Mata dan Bengkak
Friday, October 04, 2019Ramai yang inbox di facebook lysa bertanya tentang macam mana lysa rawat mata anak kucing yang berair dan bertahi mata
Sebelum tu lysa clearkan di sini , lysa bukan kerja veterinar atau pun pakar dalam bab2 penjagaan kesihatan haiwan .. cuma lysa 100% best on my experence dari haiwan peliharaan sahaja
Kalau bercakap mengenai macam mana cara penjagaan mata anak kucing yang bertahi , berair dan bengkak
Sebenarnya macam ini . di usia anak kucing 2 - 3 bulan , dalam umur macam ini anak2 kucing belum pandai bersihkan diri sendiri , semua ini tugas Mak Kucing yang akan bersihkan badan serta mata anak2nya .. tetapi ada juga Mak Kucing yang malas jaga anak tau , bukan saja dia tak mau susukan anaknya tapi juga tak rela nak bersihkan badan anak2nya
Jadi bila dapat Mak Kucing macam ni , maknanya tugas si penjaga (Kita) lah yang ganti kerja si Mak Kucing untuk bersihkan badan dan mata anak kucing termasuk bagi Milk Replacement.
Mata berair dan bertahi mata ini biasanya berlaku sebab anak kucing atau kucing dewasa kerap tidur (tapi bukan semua kucing akan kena ya) rasanya ia bergantung pada immune kucing tu juga kot (boleh tanya pakar la ye)
Pengalaman Lysa , lysa memang guna banyak cara dan sanggup spend beli barang ubat mata yang mahal2 , lebih mahal dari ubat mata manusia ya haha .. tak tau lah memang susah mau cakap kalau orang tanya "kenapa ko sanggup buang duit begitu mahal" herrmm jawapan lysa biasanya "cuba kamu pelihara 1 ekor haiwan dulu" tu ja lysa mampu jawap lain orang lain keperibadiaan nya kan ada orang suka ini ada orang x suka.
Paling berkesan Rawat Mata Anak Kucing yang bertahi , berair dan bengkak
1. Kalau berterusan sampai tepi2 mata jadi merah sampai di corner mata , cepat2 bawa jumpa doktor.
2. Stop lah pakai apa2 tahi mata remover / eye drop or what so ever (seriously ini base on my experence ok) :( bukan makin baik tapi makin teruk sebab sebenarnya lebih baik kalau kita guna apa2 barang yang rendah bahan chemical.
3. Jangan pakai Wet Tissue walaupun label ada tulis FREE Chemical or suitable for Kitten .. Jangan ok
4. Gunakan Towel yang lembut dan air suam sahaja.
5. Antara ubat mata yang paling terbaik lysa suggest adalah Terramycin,selain daripada itu lysa x berani cakap Ok.
6. Rajin2 lah lap mata kucing tu , jangan tunggu sampai mata anak kucing tertutup sampai susah si meow mau buka. Kalau macam lysa waktu dorang tidur tu lysa akan check satu2 kalau nampak ada seketul2 taik mata .. lysa terus lap .. atau pun berair .. lysa memang cepat2 lap dengan air suam. Tapi kalau yang bekerja tu apa boleh buat kan .. yang penting kita iktiar dan berharap everything is ok.
So itu sahaja lah semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama
0 comments