HERNIA TERJADI PADA BABY SAYA ~ TIPS UNTUK KECUTKAN HERNIA | SESUAI UNTUK BAYI PRAMATANG

Tuesday, January 26, 2021

 


Hi semua! especially mommies out there .. kali ini saya teringin berkongsi sedikit pengalaman yang secara tiba-tibanya berlaku pada baby Brendan saya .. 

Ok, macam yang anda semua tahu baby Brendan saya lahir pramatang pada usia kandungan saya 31 minggu. Boleh Klik untuk baca >  (My baby Brendan Story) 1 bulan 6 hari di NICU , Puji Tuhan He's grown up so fast and healthy . Kalau di ingat berat dia waktu di NICU cuma 1.8Kg dan sekarang masuk 4 bulan dan berat hampir 6kg dan ya thanks to the lord.

Jadi , waktu usia Brendan masuk 2 bulan tiba2 bahagian pusat brendan timbul benjolan . Awalnya saya memang sangat risau tanpa berteka teki saya terus hantar ke Peads. Soalan pertama doctor waktu itu adakah baby saya kerap menangis seperti menahan sakit? jawap saya "Tidak, dan dia nampak sihat2 sahaja, cuma dia kerap mengeliat".

Bercakap tentang mengeliat , rupanya baby preem ini memang kerap mengeliat dan salah satu penyebab berlakunya benjolan dipusat timbul adalah disebabkan baby kerap mengeliat. "Orang tua cakap that's good mengeliat sebab baby mahu membesar" Oh my god that's not good actually haha 

Jadi , waktu itu Baby Brendan saya tidak dapat apa2 ubat cuma saya di sarankan datang semula ke Emergency Likas jika berlaku bahagian pusat bernanah dan baby meragam seperti menahan kesakitan and one more thing jika baby tidak berak dalam masa 1 minggu. Dan doctor sebut benjolan yang ada di pusat brendan itu Hernia dan akan kecut pada bila2 masa.

So saya letak kepercayaan saya 100% pada doctor waktu itu. Walaupun, ada sesetengah orang berkata itulah dia , itulah jenis pusat Brendan tertojol keluar haha but mmm saya ingat kata-kata doctor jika tidak ada apa infection berlaku nanti akan kecut semula.

Selepas 3 Hari jumpa doctor di Likas , Appointment Brendan pula ke Klinik, terus masuk bilik doctor untuk pantau FBC Result dan perkembangan Brendan. Dan Waktu itu saya terus bagitahu doctor sekali lagi tentang hernia yang berlaku di pusat Brendan and I'm so happy sebab doctor tersebut ajar saya banyak tips yang membantu hernia di pusat Brendan cepat susut. Wah! Saya Share ya , semoga bermanfaat!


1. Mama perlu extra alert , jika Baby mengeliat jangan biarkan sahaja .. go and dukung peluk lebut2 dekatkan betul-betul di dada kita , macam kita buat kangaroo 

Cara ini membuatkan Baby lebih rasa selesa dalam pelukkan kita dan baby akan berhenti mengeliat. 

betul, saya buat begitu bila nampak Brendan start mengeliat , tidak kisah siang atau malam dan slowly Brendan berhenti mengeliat.

2. Beberapa senaman regganggan yang sesuai untuk baby yang di sarankan doctor pakar , dan masa di Nicu saya diwajibkan ikut Taklimat ini. Ada dari Physiotherapy yang datang bagi Taklimat. Jadi ini sangat sesuai untuk kecutkan Hernia dengan cepat , untuk peredaran darah yang bagus dan semestinya melancarkan baby poop

Setiap kali kita tukar diapers baby , sapu minyak kayu putih (Saya lebih suka minyak kayu putih , kurang pedas dan bau lembut dan wangi ) letak minyak kayu putih dijari telunjuk kemudian sapu disekitar pusat dan buat pusingan mengikut jarum jam dari kanan ke kiri sebanyak empat kali.

Seterusnya letakkan tapak tangan kita di belakang baby dengan lembut sekali tarik dari atas sehingga ke punggung baby dengan cara zig zag secara perlahan-lahan sebanyak 4 kali

Kemudian , buat Bicycling massage . Pegang kedua belah kaki baby dengan kedudukan ibu jari tangan kita menekan lutut baby. Lakukan secara lembut, angkat kaki baby ke atas kemudian tolak semula ke bawa secara perlahan2. Make Sure kaki baby lembut , bila kaki baby mengeras tandanya baby kurang selesa dan baby mula melawan. Jadi bila berlaku begitu berhentikan sekejap. Baby dah ok then continue balik . Lakukan sebanyak 4 kali juga 

3. Bedung , Tekap duit Syiling . Ambil duit syiling 50sen tekap di pusat baby. Untuk baby Brendan saya buat kerap tiada had masa dan waktu. Waktu saya bedung , saya pastikan duit syiling itu sudah saya tekap di pusat brendan.

Ini hanya Inisiatif lain yang nurse pula ajar. Saya try and yeah it's good and berkesan.

Saya buat hanya 3 cara ini setiap masa , setiap hari . Dan betul2 masuk usia Brendan 3 Bulan lebih Hernia di perut dia kecut dan Puji Tuhan sehingga sekarang masuk 4 bulan lebih sudah so far tidak ada lagi hernia pada pusat brendan

Sebagai langkah pencegahan , sehingga sekarang saya masih buat 3 perkara itu apabila setiap kali tukar pampers , lepas menyusu dan mandi.

Nasihat saya pada semua Ibu2 yang mengalami seperti ini . Pertama jangan Panik , Kedua jangan berteka teki tanya facebook , tanya cousin tanya itu tanya ini .. terus ke Klinik atau Hospital untuk berjumpa dengan Doktor. Sebab i tell you Hernia ini tidak boleh di anggap remeh , Hernia boleh tumbuh dimana2 sahaja kawasan perut dan bahagian alat sulit. Dan ada yang boleh memudaratkan kesihatan sehingga perlu operation untuk remove Hernias. Touch Word!

Jangan memandai-mandai terus bawa baby pergi berurut pula , sudah banyak case berlaku and the end kesihatan baby semakin teruk.

Jika tidak di cegah , baby boleh bawa Hernia di pusat sehingga dia besar. Sebab itu ada yang orang panggil jenis pusat timbul sampai ke Tua 

Jadi sekian sahaja perkongsiaan saya mengenai Hernia yang ada pada Baby saya , semoga bermanfaat untuk semua parents.


Have a nice day.


You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved