Dengan Ketenangan Kita Peroleh Kekuatan
Friday, September 18, 2020
Welcome To The World
Most of us underestimate how challenging it is to raise a kid. We may have certain beliefs and imaginings about how it must be like to have children. That’s until your first kid is born. If you go back to your childhood, do you remember all the special things your parents did for you that made you feel loved? I believe that No matter what our parents did to ensure us have a great time with them, now it’s time for us to do the same things for our kids.
10.9.2020 / 5pm Kenanga 2 Room 6 , Bed No 53 - proses perpindahan daripada LR ke Ward biasa menggunakan wheelchair , ada 2 staff nurse yang bantu saya , sorang tolong tolak wheelchair & sorang lagi Staff Nurse tolak troli barang2 saya.
Sebelum keluar dari LR saya sempat tanya "mana baby saya?" Nurse tu jawap " Jangan risau baby di NICU sudah" saya menghitung masa menggunakan jari bermula dari jam10am - 5Pm ~ sudah 8 jam saya masih belum peluk dia. Air mata keluar lagi. Ada nurse yang perasan saya mula nangis . " Sabar ya mama , nanti masuk ward boleh jumpa sudah tu'" huh legah ... rasanya dapat jawapan macam tu.
Sampai di Ward , saya dapat katil hujung dekat tingkap , boleh tengok dengan jelas kawasan parking kereta dan orang lalu lalang.
Sesambil tengok orang lalu lalang , hati mula sayu teringatkan anak. Susu apa lah dia minum? sihat? jam hampir 7.pm belum juga dapat call dari NICU mmmm
Husband call mau hantar makanan, enta lapar ka tidak waktu itu tapi memang tidak ada selera makan so hanya pesan dengan husband bawa Bcomplex , ESP , resv , vivix & PainRelief sahaja selain barang2 keperluan saya yang lain dan juga baby.
Masuk Jam 9pm belum juga dapat call dari NICU. I start thinking that maybe i should go to NICU.
Phone macam biasa asik berdering saja kalau bukan family sebelah saya yang call , family sebelah husband call. semua tidak sabar tengok gambar baby.
Waktu selesai telan ResV , kawan katil sebelah asik perhati saya ja mungkin dia mau tegur bawa bercerita tapi segan. Nama dia Ira.
Akhirnya saya mula senyum dengan dia dan soalan pertama yang dia ajukan "Mana baby ko sis?" beratnya mulut mau jawap, yala sebab saya dari tadi perhati ja mama2 yang ada dalam ward tu sibuk breastfeed baby masing-masing. Down sangatlah waktu ni, jangan Tuhan yang tahu.
'Baby saya lahir pramatang 31 week ja , sekarang Doctor bilang baby perlu masuk NICU"
Ira terus sambung cerita "Samalah baby saya 28 minggu ja , 4 hari sudah saya dalam ward ni sebab saya emergency besalin ceaser".
Dada saya terus rasa lapang hilang sesak bila tahu dapat kawan yang ada masalah sama , katil bersebelahan saja pula tu.
Ira ni nampak sangat relax , kalau dari segi luaran nampak macam tiada apa yang jadi . Siap tolong kami tolak kerusi , ambil air panas , tolong tengokkan baby kalau mama baby sana gi toilet . oh my god , kenapa saya tidak boleh jadi strong macam Ira , baby dia lagi teruk condition dari baby saya , berat 900gram ja. Baby saya 1.44kg.
Waktu itu perut baru rasa lapar walaupun tadi sudah makan bubur sikit. Baru lah juga mulut ringan bertegur sapa dengan kawan2 satu bilik. Dorang semua baik2 , bagi sokongan moral dan lucu juga haha asik buat lawak ja terutama si Ira.
Lebih kurang Jam 10 malam dari saya yang mula buka kabinet cari makanan akhirnya semua satu room cari makanan masing2 haha ada satu kawan yang cakap "kan best kalau husband ada disini , kita baring2 ja di katil" . Sejak pandemic ni memang suami tidak dibenarkan melawat masuk dalam ward. Kalau ada barang just pass dengan Guard , guard hantar dengan kita.
Tidur dan terjaga jam 1 am sebab dapat call dari NICU
"Mama saya Nurse ... mau inform anak mama tadi ada masalah susah bernafas dan dua kali tidak bernafas"
tiba2 nurse tu matikan telefon. saya bangun dari katil dan terus mahu keluar dari bilik dan cuba dapatkan bantuan Nurse yang bertugas di situ untuk benarkan saya naik di NICU.
Pandangan depan saya jadi kabur bertukar putih saya kemudian di sapa Nurse
" Mama!!pigi mana?"
"Nicu anak saya ... tadi Nurse sana call"
"sabar2x mama nanti ko pengsan jangan nangis kawal emosi tiada apa2 juga tu mari duduk wheelchair saya tolak kamu pigi sana"
badan saya menggigil sejuk dan kalau boleh saya mau meraung menangis di situ juga.
Akhirnya sampai ... rupanya NICU berada di Tingkat 5 dari Ward saya tingkat 2. Masuk NICU anak saya di Level 2. Mahu teriak saja tidak saya masa tu tidak sabar tengok dia . Sampai di Room Level 2. Nurse bagitahu Nama Penuh saya dengan Nurse yang bertugas disitu
"Mam ni mau tengok anak dia" .
"Anak dia sebelah sana ... "
dalam hati saya " aik kenapa Nurse dan doctor disitu macam relax ja" saya kesat air mata cuba bangun dari wheelchair dan tengok anak saya , duii siok tidur dengan tangan diangkat atas kaki terkangkang macam orang dewasa tidur. Apa maksud nurse tadi ya .. saya cuba tanya
"Nurse mana yang call saya tadi?"
"Saya mama sorry tiba2 terputus tu, saya call mama balik tiada sudah yang angkat phone , sebenarnya anak mama stabil sudah tapi jangan risau semua baby mesti akan begitu , sorry kalau buat mama risau mungkin saya kalut sikit tercakap sebab saya ada kerja lain masa tu yang mau cepat"
Nurse dari semenanjung
"Its Ok , syukurlah yang penting anak saya tiada apa, jadi condition dia sekarang?"
"Doctor masih pantau paru2 dan jantung sahaja , masalah lain tiada. Jaundice & G6PD pun tiada"
Anakku dalam kaca, berat 1.44kg kecil , merah , dengan oksigen di hidung dan wayar kuning di perut dilekatkan untuk monitor suhu badan. Cara tidur dia tu Aik kecil2 sudah prank mommy dia, (sambil kesat air mata)
mommy setengah mati dari Ward naik sini, sampai2 ja dia relax tidur dengan cara tidur terlentang tangan di atas kaki di kangkang haha anak anak ..
kami turun dari NICU dengan berjalan seperti biasa tinggalkan wheelchair di NICU.
"Nakal anak ko ni sis".
Nurse tu cakap haha saya masih gelak sendiri dalam hati. Sepanjang jalan kami bercerita rupanya nurse ini pun ada dua orang anak dia lahir premature dan masuk NICU. So Nurse ni share la apa perlu dibuat bila anak masuk NICU especially mengenai EBM.
Sesampai di Ward rata2 rupanya semua kawan2 di Room 6 terbangun dan risaukan saya.
11.9.2020 Jam 5.30am saya dikejutkan Nurse untuk check BP. macam biasa ditanya jika ada Headache , Mual , Jantung berdebar2. Saya jawap tiada cuma sudah mula rasa sakit dan kebas badan terutama dibahagian perut dan pinggul.
Nurse cakap akan bagi pain killer nanti dan telan lepas breakfast.
Saya bangun & ke toilet untuk bersihkan diri.
Selesai dari Toilet nampak ira pun sudah bangun. Kawan2 yang lain jangan ditanya. Dorang macam tidak tidur ja baby2 dorang semua kuat nangis hehe dengan masalah sorang belum ada air susu , dengan lagi sorang baby tidak mahu tidur kalau kena baring hehe macam2 banyak benda dapat belajar disitu.
Topik saya dan ira memanglah pasal baby kami yang di NICU
Lepas kami semua di periksa Doctor syukur kami semua sudah sihat dan hari tu semua boleh discharge termasuk ira yang bersalin C-section.
Lepas kami semua di periksa Doctor syukur kami semua sudah sihat dan hari tu semua boleh discharge termasuk ira yang bersalin C-section.
Lebih kurang jam 4pm juga selesai documentation segala baru la kami semua diambil oleh suami masing2 ehehe
Jadi bermulalah routine saya & husband hari2 kena datang NICU untuk buat EBM untuk baby kami.
Terima Kasih pada kamu semua yang tidak putus-putus mendoakan saya & baby saya. Satu ketenangan bila saya boleh berkongsi cerita dengan kamurang, dari semua doa kamu di Facebook & Instagram , Saya & husband dapat kekuatan untuk facing dengan positive.
Love you all .. ada yang mahu tahu nama dan perkembangan baby kami sekarang? hehe tunggu tau next entri .. god bless everyone
0 comments