You're My definition Of Perfect
Sunday, September 13, 2020Waktu Tuhan mengajar kita untuk selalu bersyukur dan bersedia apa pun rintangan dihadapan
Manusia yang hidup didunia tidak ada yang sempurna
apa rintangan dimasa akan datang tidak ada satu orang pun yang tahu melainkan Tuhan
Manusia hanya fikir dihadapan adalah masadepan, kesihatan, kesenangan, keluarga & Kebahagiaan
10 Sept 2020 satu peristiwa yang sukar untuk saya terima kenyaatan pada awalnya dengan rasa ketidakpuasan hati segelintir petugas hospital .. namun apabila ku tenung wajah sikecil ku di dalam Incubator saya mula faham ini adalah satu KEBAHAGIAAN
Saya & Baby B (Maaf belum boleh saya sebutkan Nama Pilihan kami) Baby B lahir pada usia kandungan saya 8 bulan 2 hari Jam 9.10am / 10.9.2020 di Sebuah hospital Ibu & Anak KK
8.9.2020 bermula awal cerita kita baby b you will read this juga once kamu sudah besar. Jam 9am di tempat kerja saya ke toilet dan perasan ada lendiran seperti darah berbentuk coklat yang keluar. Panik! ... saya & suami terus ke Hospital.
Waktu sampai di perkarangan Emergency saya bertanya dengan seorang kakitangan di situ
"Morning,saya mengalami pendarahan sikit dimana saya boleh refer?" Kakitangan Hospital itu terus bawa saya ke Level 2 PAC Unit Penilaian.
Dan saya terus lupa suami saya waktu itu sedang menunggu saya atau macam mana ... saya text dia "Its ok bhu kamu balik office dulu apa2 saya call".
Hati saya memang sudah tidak tenteram sudahlah sejam sebelum masa kerja saya tidur & tidak breakfast tiba2 kena masuk PAC pula.
Saya tengok sekeliling, seram sejuk takut risau bercampur aduk. Waktu buku klinik saya di ambil Staff Nurse dan saya di suruh untuk tukar pakaian Pink, airmata saya mula jatuh seolah2 Instinct saya baby akan lahir premature 😭😭
Keluar dari Toilet siap tukar pakaian dan sarung pink i was really2 down!! lagi2 tengok sebaris ibu2 yang sarat menunggu giliran lain lagi yang sudah siap baring di katil , nurse doctor kehulu kehilir melaksanakan tugas , akhirnya setelah 3 jam duduk disitu , jam 11am nama saya dipanggil.
"Kenapa kamu datang sini?" saya tergamam dengan soalan .. dan saya jawap "Saya ada bleeding sedikit Jam9am di tempat kerja. Tapi perut saya tidak sakit,bentuk macam lendir darah coklat & kemerah2an."
Saya mula dirawat , Scan pertama Baby dalam keadaan sihat Uri semua diatas dan tidak ada tanda2 bersalin.
Sewaktu dengar penjelasan doctor saya mula legah dan happy syukur ..... kemudian saya disuruh duduk semula.
Selepas 2 Jam sekitar jam 2pm satu doctor lagi mahu merawat saya, bertanya soalan sama & saya jawap benda yang sama. Kemudian satu alat speculum dibuat untuk pemeriksaan lanjut , waktu alat itu masuk sakit sampai kedalam rahim mula terasa dan disitu berlaku sekali lagi bleeding. Saya sempat bertanya doctor "Ok ka tu?" jawap doctor "it's normal" saya kemudian di suruh rehat semula
untuk stop kan bleeding
Jam 5pm doctor decide untuk admit kan saya satu malam sekadar pemantauan. Syukur maktu semalaman di Ward Bleeding Stop sehingga ke esokan petang (9.9.2020) dan saya dibenarkan pulang.
Malam 9.9.2020 dirumah perut saya rasa kurang selera seperti masuk air, perut mula mengeras juga mula rasa sakit di bawa abdomen. Selang sejam mengeras dan sakit betul2 buat saya susah tidur malam sehingga kesubuh.
Saya tidak kejutkan husband sebab saya berharap everything akan ok... saya terbangun jam 4am kemudian tertidur balik Jam6am saya terbangun sebab husband seperti biasa akan usap perut saya.Husband sempat tanya "Ok ka?" saya jawap "Sakit pula kali ini..." "Jomlah pi hospital balik , apa dorang buat sama kamu oo kemarin kamu datang hospital sihat2 saja balik dari hospital makin teruk pula..." Jam7am 10.9.2020 perut semakin sakit & Kencing mula berdarah. Ya Tuhan tak kan ini maksudnya Contraction 😢.
Saya sudah mula tidak boleh bangun & berjalan tapi gigih siapkan pakaian Baby B & juga saya. Sambil2 Nangis sebab kalau dia keluar hari ini Pampers semua belum beli apa lagi saya ... last2 bawa 2 pasang baju Baby B ja , satu 1 set untuk keperluan Labour Room Without New Born Pampers & Without My Pad juga. Tapi dalam masa yang sama saya positive belum masa bersalin lagi ....
Settle part itu perut semakin sakit dan mula keluar cecair kami terus bergegas di Hospital. Jammed Pula urgggg . ya Tuhan memang sakit sangat dan tidak tahan pasti ini adalah sakit Contraction.
Sejam bertarung nyawa dalam kereta , akhir sampai ... memang keadaan sangat cepat , husband terus keluar ambil Wheelchair , saya turun dari kereta dan duduk di Wheelchair kemudian guard offer dia sendiri akan tolak saya ke PAC dan panggil husband saya cari parking dulu.
Diruangan PAC nurse doctor semua busy , saya terus tukar pakaian sebab begitula procedure nya kena tukar baju PINK .. dalam toilet air ketuban pecah 😭😭😭 Baby sorry ....
saya keluar dan teriak Nurse! Doctor! 😭😭😭 Doctor yang sebelum ini check saya masih dalam recognize saya Aelisah Ajun ka?? omaigad kenapaaaa sudah ni .. cepat2 sini .. saya dipapa naik ke atas katil .
Check BP , CTG dan saya diberi 1 Gelas air milo panas & ajak makan rambutan 😂 saya kemudian di check rupanya sudah 8cm bukaan. Satu suntikan di punggung , cucuk branula di tangan , saya hanya berdoa baby lahir dengan selamat. Semua explanation doctor saya tidak hiraukan sudah sebab kalau boleh dalam PAC tu saya mau besalin
Saya segera di hantar ke Labour Room. Dalam ruangan Labour Room semua kelangkabut , dengan katil tiada preparation siap2 , satu nurse sebok pasang alat untuk kaki kiri , satu lagi nurse mencari mana lagi satu untuk kaki kanan.
Last2 Saya ketawa dan semua kami dalam LR Room 16 ketawa. Minta Maaf la dengan sekali teran habis muka doctor nurse kena darah (You must to know baby b) dan baby b pun lahir tepat 9.10am / 10.9.2020 1.44kg 40Cm
Mata bertentang mata saya dan baby .. dengar tangisan dia dalam keadaan pantas harus diberi bantuan pernafasan , saya hanya boleh berdoa dalam hati dan menangis dan tidak berhenti2 minta maaf dengan baby b 😭😭😭 satu Sister cuba tenangkan saya "Ok juga tu mama don't worry" urgg i need my husband here .. mau mamy saya di sini 😭😭
Mereka berjaya tenangkan saya . sebab ada last part lagi belum settle iaitu menjahit kawasan yang koyak. Saya cuba tenang dan let them buat kerja dorang. Sehingga saya di bersihkan saya masih menangis dan menangis.... dan saya cuba untuk kuat dan stop crying. Kalau saya giveup baby saya pasti akan lagi down! Husband call , "Macam mana sudah masih sakit?" saya tergelak "Sudah bersalin ni!" "Serius ba?" " Ya! sudah baby sihat baby boy" ...
Bila dengar suara husband, Semangat saya datang balik, think positive dan mula terima kenyataan yang saya lahirkan anak premature. & Berdoa .. ketenangan hati saya mula terboost selepas firman2 ayat2 bible mula timbul satu per satu di fikiran.
Sister hidangkan saya makanan sedap .. Milo Panas & Mee Goreng. Sambil makan saya layan what'sapp customer Shaklee yang submit order. So apa lagi pass to my Upline automatik dia orang pertama yang tahu saya sudah bersalin.
Semua ingat saya kuat ... jauh di lubuk hati saya sangat2 down ... dan mahu peluk baby b kuat2
Sementara menunggu waktu saya di pindahkan di Ward biasa . Saya update inform family terdekat yang saya sudah bersalin reaksi mereka semestinya semua terkejut .. dan mereka cuba beri kata2 semangat untuk saya seolah2 mereka tahu hati saya ketika itu cuba kuat namun lemah
Bersyukur semua Nurses , Sister & Doctor di Labour Room baik2 , Caring & Helpful.
Masa hampir ke 2Pm saya masih berehat LR , sambil mendengar lagu2 JPCC sy menikmati bunyi tangisan baby , suara ibu teriak kesakitan , suara ibu meneran , suara Nurse membantu proses bersalin dan saya ambil peluang Monitor Kerja sambil2 terlelap bangun lagi ...
Jam 5pm akhirnya saya di pindahkan di Ward biasa. Ada beberapa Documentation yang perlu diambil sebelum tu.
Ward saya Room 6 Katil 53.
Cerita di Ward entri yang selanjutnya ya
0 comments