Gejala Sembelit : Kenal Pasti Punca Sembelit
Saturday, November 30, 2019Sumber: Dr Ruhi Fadzlyana (The Malaysian Medical Gazette)
Tabiat membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. Ini kerana aktiviti membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada beberapa faktor.
Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.
Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.
Adakah sembelit itu normal?
Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:
Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticulum (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.
Pengambilan ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambilan suplemen ini secara berkala boleh menyebabkan usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabkan kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayakan kesihatan.
Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.
Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunakan jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabkan ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructive defecating syndrome’.
Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial. Ini menunjukkan aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.
Ada biji/ kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar. Tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga boleh menyebabkan sembelit.
Pertukaran tabiat membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pengambilan ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesaikan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratkan pastikan anda bawa suplemen yang anda makan rujuk kepada doctor pakar jika boleh di consume waktu tersebut. Jika tidak , sila patuhi nasihat doctor terlebih dahulu.
Pemeriksaan awal akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal pesakit.
Beberapa jenis ujian darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus besar melalui dubur).
Prosedur ‘anal manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan ‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan jika pesakit menunjukkan tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructive defecating syndrome’.
****
Last but not least , nasihat yang lysa sampaikan tadi mohon dijadikan iktibar dan diguna pakai , dan jaga tabiat pemakanan yang boleh memudaratkan kesihatan usus anda.
Last but not least , nasihat yang lysa sampaikan tadi mohon dijadikan iktibar dan diguna pakai , dan jaga tabiat pemakanan yang boleh memudaratkan kesihatan usus anda.
luv Lysa!
0 comments