Bahaya Kencing Berbuih

Thursday, October 31, 2019



Menurut Doktor, Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak & Kencing Berbuih 


Setiap orang perlu menitikberatkan soal kesihatan supaya sentiasa sihat. Ini kerana, tahap kesihatan seseorang sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita. Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat serta dijauhi daripada penyakit, kita perlu mula daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan kita.
Bukan itu saja, kita juga perlu sentiasa alert jika berlakunya sebarang perubahan pada tubuh badan kita. Sama ada anda peka atau tidak, pernahkah anda lihat air kencing anda itu adalah normal ataupun tidak?
Menurut seorang pengamal perubatan Klinik Kesihatan Bupa, London, Dr. Luke Powles, warna air kencing seseorang dapat menentukan tahap kesihatan tubuh badan mereka. Air kencing sebenarnya mempunyai pelbagai warna yang biasanya terdiri daripada warna kuning jernih, kuning pekat seperti madu dan boleh bertukar menjadi warna coklat.
Menurut Dr Luke lagi, air kencing yang berwarna merah dan hijau mungkin menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius!

Tidak dinafikan air kencing kadang-kadang berbuih disebabkan kelajuan kencing dan ia adalah normal. Tapi, sekiranya anda dapati air kencing berbuih-buih dengan berterusan dan kaki bengkak, anda perlu segera berjumpa doktor! Keadaan ini berkait rapat dengan tahap kesihatan buah pinggang anda.
Menurut perkongsian oleh Dr Lily Mushahar yang bertugas di Hospital Tuanku Ja’afar, dia kerap menerima pesakit yang mengalami kencing yang berbuih diikuti keadaan kaki yang membengkak.
Saya kerap terima pesakit yang mengalami keadaan ini. Kencing berbuih di dalam toilet bowl dan kaki bengkak. Keadaan ini disebabkan sistem penapisan di dalam buah pinggang terganggu dan protein bocor keluar melalui air kencing (proteinuria). Bila protien dalam badan kurang….kaki pun bengkaklah.

You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved