1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen. Pengambilan kolagen oleh rakyat Malaysia kini semakin meningkat dengan kesedaran tentang kebaikan khasiat kolagen terutamanya daripada sudut kecantikan kulit. Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh. Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila...