PENGAMBILAN VITAMIN C KETIKA HAMIL

Thursday, January 14, 2021

 


Kepada Wanita sama ada wanita yang ingin hamil , sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian tumpuan kepada pemakanan yang anda makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita.

Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat terutama sekali dari aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin,mineral,beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak diproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Bagi Wanita hamil ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau merasa tidak cukup vitaman dengan hanya sayuran dan buah-buahan, boleh mengamalkan beberapa Vitamin.

Ramai doktor pakar menyarankan pengambilan Vitamin C kepada wanita yang sedang hamil.

Vitamin C dapat meningkatkan daya tahan tubuh,membantu mempercepatkan peyembuhan luka dan kerosakan tisu , menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik , serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang dan rambut.

Bagi Wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel darah merah (Anemia) vitamin c dapat membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu, bagi wanita hamil yang mempunyai tahap haemoglobin rendah , pengambilan zat besi (iron tablet) bersama Vitamin C dapat meningkatkan tahap haemoglobin dengan lebih cepat


Selain itu , Vitamin C dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim lagi. Ia juga menguatkan pembentukan tulang , tulang rawan (cartilage) , tendon dan kulit bayi.

Pengambilan Vitamin C yang dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Namun pengambilan Vitamin C melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.

Nasihat saya pada Wanita yang baca ini dan sedang hamil adalah lebih baik jika ada berjumpa dahulu dengan Doktor atau pakar pemakanan agar dapat membantu anda mendapat manfaat kesihatan pemakanan dan vitamin.






You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved