5 KEBAIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA

Friday, November 27, 2020


Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan.

5 KEBAIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA

1.  Membekalkan tenaga sepanjang hari.

2. Mudah turun berat badan

3. Kulit semakin cantik 

4. Memperbaiki sistem pencernaan 

5. Meningkatkan tahap kesihatan tubuh


PASTIKAN ANDA MINUM AIR SECUKUPNYA BILA ANDA ...

1. Ketika bersenam Sel tubuh memerlukan air untuk menghasilkan tenaga.

Adenosina trifosfat (ATP) merupakan sumber tenaga asas yang penting bagi membolehkan otot tubuh berfungsi dengan sempurna. Ketika sesi workout, tubuh akan menukarkan nutrien seperti karbohidrat dan lemak kepada ATP melalui proses anarobik (tanpa oksigen) dan aerobik (dengan oksigen). Walau bagaimanapun, sel tubuh hanya boleh menyimpan ATP dalam jumlah yang sedikit sahaja. Jadi, proses ini akan sentiasa berterusan kerana tubuh kita sentiasa bergerak.

2. Minum air saat Hamil memberi banyak manfaat pada ibu & bayi dalam kandungan. Kandungan air secukupnya mengelakan si ibu daripada heartburn , melegahkan saat mual ketika hamil , mengelakkan dehidrasi , mengelakan sembelit dan juga cegah daripada terkena kencing kotor.

3. Waktu berpantang. Pertama , semestinya menyegarkan tubuh selepas melahirkan & membantu proses peyembuhan luka dengan cepat termasuk juga mengelakan sembelit ketika berpantang.

4. Menyusukan anak. Minum air secukupnya dapat membantu penghasilan susu dengan efektif sekurang-kurangnya 3~5L air sehari.

5. Mengambil Extra Vitamin. Air yang mencukupi dapat membantu vitamin menyerap dalam tubuh dengan lebih sempurna dan berkesan . 3L air minimal perlu diminum jika ada inginkan kesan vitamin lebih cepat diserap oleh tubuh.

6. Bekerja dibawa terik matahari & di dalam kawasan sejuk. Dua tempat ini mendorong tubuh mengalami dehidrasi dengan mudah jika kurang pengambilan air 

Lazimnya air sangat penting untuk tubuh kekal sihat 





You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved