Kinabalu Animal Klinik - Klinik Terbaik Di Sabah

Saturday, March 07, 2020


Bila kita kerap datang Klinik Haiwan untuk bawa rawatan susulan Pets kita mesti akan jumpa ada saja kawan baru. 

Saya suami antara orang yang ada di Dunia ini sanggup menghabiskan duit Beratus-ratus untuk sekali hantar anak bulus dan puppy di klinik . Untuk orang macam kami harga bukan masalah walaupun kami bukan nya orang kaya,tapi CUSTOMER SERVICE yang kami perlukan layanan dan keikhlasan 

Kalau di Hospital Manusia mungkin reasonable lagi kalau berlaku kesalahfahaman antara Nurse ,Doktor dan pesakit ataupun family pesakit sebab keduanya faham apa yang di cakap. Tapi kalau manusia dan kucing ko nak faham macam mana? macam mana ko sure Anjing itu tak gigit ko kalau ko lalu depan dia?

Sebab itu perlu ada belas kasihan , mereka perlu layanan istimewa dan 1st class plus harga pun semua mahal2 kan walaupon cuma haiwan nah hambik ko! manusia boleh buat duit dari penyakit2 yang haiwan dapat so sepatut perlu ada rasa berterima kasih pada haiwan.


Setelah kami cuba semua klinik yang ada di Kota Kinabalu ini saya sangat recommend kan kamu datang di KINABALU ANIMAL KLINIK , klinik ini ada di Kolombong 

Kinabalu Animal Clinic
Lot 6, Lorong Durian 3, Kian Yap Industrial Estate, Kolombong, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
088-385 804

Doktor Cecilia adalah doktor terbaik yang pernah saya jumpa , sebelum ini ada satu doktor yang very helpful klinik SAMC Doktor Friska tapi selepas dia buka klinik baru di keningau susah mau dapat doktor sebagus dia di klinik SAMC sampai berlaku perkara yang paling menyakitkan hati pernah jadi pada si bulus kami huh!

Di Kinabalau Animal Clininc (KAC) daripada Cashier / Customer Service , Assistent dan doktor semua baik , macam mana ko risau pasal Si bulus ko yang sakit tenat bila masuk KAC hati ko akan Cool down sebab mereka sambut dengan suasana yang bersih,wangi,segar dan SENYUMAN.

Harga pun REASONABLE tidak gila-gila mahal macam diklinik lain minta saya deposit RM800 operation kucing kami last2 mati di tangan dorang dan panggil saya tambah RM240 untuk Cost balut mayat dan Oksigen yang diguna. saya ingatkan bila mati mereka akan pulangkan balik duit deposit saya tu rupanya huh business semata-mata

So pada orang-orang sabah HARUS sangat datang di Kinabalu Animal Clinic tidak kiralah untuk Vaksin sahaja atau Gembiri 

Service memang sangat2 memuaskan!

You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved