Teknik Mudah Menjaga Sendi

Thursday, June 06, 2019


KLASIFIKASI SENDI
Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular. Ia menyokong badan dan membantu anda bergerak. Dikenali sebagai sendi baik.
Tubuh memiliki berbagai macam sendi baik yang dapat digerakkan maupun yang tidak. Sendi diartrosis merupakan satu-satunya sendi yang dapat digerakkan secara leluasa. Dengan sendi inilah tubuh dapat melakukan berbagai macam gerak. 

Saya jelaskan satu persatu secara ringkas ya.





Sendi synovial memiliki beberapa bagian penyusun sehingga memungkinkan adanya pergerakan. Bagian-bagian tersebut yaitu:
✧ Kapsul sendi (joint capsule) 
adalah jaringan fibrosa yang membungkus sendi sehingga membentuk kapsul.


✧ Membran synovial 
merupakan lapisan kapsul sendi yang mengeluarkan cairan synovial.

✧ Tulang rawan hialin (hyaline cartilage)
berfungsi sebagai penutup ujung tulang sendi.

✧ Cairan synovia
berfungsi sebagai pengisi kapsul sendi dan memelihara serta melumasi tulang rawan pada sendi.

✧ Ligamen 
merupakan jaringan ikat fibrosa berwarna putih yang bergabung dengan tulang untuk menjaga kestabilan sendi.

✧ Bursa 
merupakan bagian sendi yang membentuk kantung berisi cairan antara tendon dan tulang untuk mengurangi gesekan.

✧ Articular Disc 
yang berfungsi sebagai peredam kontraksi.

✧ Bantalan lemak (pads of fat) 
berfungsi sebagai buffer untuk melindungi tulang dari pengikisan.

Kesimpulannya,sendi synovial merupakan sendi yang dapat digerakkan dengan leluasa. Sendi synovial memungkinkan kita melakukan gerak fleksi, ekstensi, adduksi, abduksi, sirkumduksi, dan lain-lain. (ha banyak kan nama2 jenis gerakan - ini lysa belajar sewaktu sem1 nursing dalam subject anatomi).

Menjaga Sendi Anda

Kesakitan dan kepenatan pada sendi adalah satu masalah utama yang kerap diluahkan oleh individu yang mengalami sakit sendi. Sekiranya isu sakit sendi ini tidak dirawat, maka sendi tersebut akan mengalami kelemahan dan tahap kesakitan juga akan meningkat. Lama-kelamaan, kekakuan terbentuk pada sendi tersebut. 


Simptom sakit sendi
Anda akan merasa seperti:
  1. Kesakitan pada sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul, tulang belakang) terutamanya semasa atau selepas aktiviti.
  2. Kebengkakkan pada sendi
  3. Kekakuan pada awal pagi
  4. Kekejangan dan ketegangan pada sendi
  5. Kelenguhan yang berlarutan
  6. Bunyi geseran pada sendi
  7. Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
Ada beberapa teknik cara menjaga sendi

1. Terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan yang buruk terhadap sendi anda.

Masa – tempoh masa untuk menghabiskan sesuatu kerja atau aktiviti boleh mempengaruhi kesakitan pada sendi tersebut. Sebagai contoh, masa sepuluh minit digunakan untuk menghabiskan kerja tidak akan menyebabkan sebarang kesakitan, tetapi sekiranya aktiviti tersebut mengambil jangka masa selama satu jam, maka kesakitan akan terasa.
Beban – berat pada suatu beban boleh mempengaruhi kesakitan. Sebagai contoh, membawa sekilo gula dalam beg plastik tidak memberi sebarang impak, tetapi sekiranya membawa 10 kilogram gula boleh menyebabkan kesakitan serta memburukkan lagi tekanan pada sendi tangan dan kaki.
Pengulangan – jumlah pengulangan kerja yang sama juga boleh menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh, melipat sekeping kertas tidak akan memberi sebarang kesan pada sendi, tetapi sekiranya aktiviti ini diulang sebanyak 10 kali maka ia akan menyebabkan kesakitan pada sendi tangan.
*Oleh itu, elakkan daripada melakukan atau mengulangi aktiviti pada jangka masa yang panjang serta kurangkan beban yang berat.
2. Mengagihkan beban ke atas sendi yang lebih besar
Mengagihkan beban ke atas sendi yang lebih besar kerana sendi besar lebih kuat berbanding dengan sendi yang kecil. Sekiranya menggunakan sendi yang besar, ia akan mengurangkan ketegangan pada sendi otot serta mengelakkan ketidakstabilan. Sendi yang kecil akan mengalami kesakitan sekiranya terlalu banyak digunakan.

3. Elakkan posisi yang sama dalam jangka masa yang panjang

Posisi yang sama dalam jangka masa yang panjang cenderung untuk mengalami kesakitan. Ia juga akan menyebabkan ketengangan pada otot dan kekakuan pada sendi. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kesakitan dan kekakuan pada sendi, lakukan regangan dan perubahan pada satu posisi ke posisi yang lain.
4. Menggunakan postur dan mekanikal tubuh badan yang betul
Menggunakan mekanikal tubuh badan yang baik membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga. Sebagai contoh, apabila anda bekerja sambil berdiri, pastikan permukaan meja kerja anda tinggi supaya anda boleh bekerja dengan selesa tanpa membongkok.
5. Amalkan pengambilan Suplement tulang 
✔ Mengurangkan inflamasi .
▪️ Omega Guard Shaklee adalah omega-3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. 
▪️ Jadinya ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega 3 juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
▪️ Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. .
 Mengekalkan sel tulang yang sihat .
▪️ Ostematrix mengandungi Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. .
▪️ Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. .
▪ Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium.
▪️ Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang. Kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibu bapa kita.
✔  Vivix
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
  • kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

6. Mengurangkan tekanan


Aktiviti memerah, mencubit dan menekan seharusnya dielakkan kerana ia cenderung untuk mengalami kecederaan pada tisu lembut dan akan menyebabkan sakit. Anda boleh melaksanakan kebanyakan aktiviti dengan cara yang lebih mudah dan tidak memberi tekanan pada sendi anda. Sebagai contoh, elakkan menggunakan jari-jari anda semasa memegang buku, pinggan dan cawan. Anda boleh menggunakan tapak tangan anda untuk menampung berat objek tersebut. Sekiranya anda ingin membaca untuk tempoh yang lama, anda boleh menggunakan pemegang buku.
7. Keseimbangan antara kerja dan rehat dengan cara terancang dan tersusun.
Merancang beban kerja anda dapat membantu anda daripada serangan sakit sendi. Berehat sebelum anda menjadi penat atau sakit
8. Melakukakan pergerakkan dengan cara yang betul
Menggerakkan sendi-sendi tubuh badan dengan cara yang betul untuk membantu anda mengalami kelemahan pada otot dan kekakuan pada sendi. Anda harus memastikan pergerakkan yang dilakukan tidak keterlaluan sehingga mencederakan sendi anda
Sekian entri untuk kali ini , semoga bertemu lagi di entri2 yang berikutnya. Semoga Tips mengaja sendi ini bermanfaat untuk anda,dapatkan Vitamin Sendi disini 
https://lysavitashop.wasap.my/  ikuti info-sihat di facebook page houseoflysa-infosihat 
adan Instagram Lysa_vitashop semoga bermanfaat untuk anda semua.

You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved