5 Manfaat Omega-3 yang tidak dijangka

Saturday, June 01, 2019




Selain daripada kesihatan jantung, asid lemak omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita dalam pelbagai cara. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memanfaatkan nutrien penting ini.

5 MANFAAT OMEGA-3 :

1. Mengkalkan Kesihatan Mata

Retina anda mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. Omega-3 menyokong dengan: 

• Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat. 

• Membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma. 

2. Tulang yang lebih kuat dan  Sendi yang lebih Sihat

Semakin berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi anda berkurangan, menyebabkan sendi menjadi sakit dan radang. Omega-3 menyokong dengan: 

• Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan. 

• Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.

3. Meningkatkan Sistem imun.

Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh merosakkan tisu anda yang membawa kepada kemerosotan dan bengkak. Omega-3 menyokong dengan: 

• Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan. 

• EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda!

4. Berat badan yang Sihat

Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan: 

• Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga. 

• Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.

5. Fungsi Otak Yang Lebih Sihat dan Mood Yang Lebih Baik

Adakah anda tahu bahawa membran dan sel otak anda diperbuat daripada lemak penting? Ia merupakan bahan penting untuk membina otak anda, omega-3 menyokong dengan: 

• Mengurangkan keradangan di otak dan meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain. 

• Mengawal paras kortisol iaitu hormon stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik.










CARA-CARA UNTUK BUAT PEMBELIAAN 

Hubungi saya untuk pertanyaan berkaitan produk shaklee , saya akan konsult anda sesuai dengan apa yang anda perlukan seperti solutionSet-Set kesihatan yang ada disediakan. Terdapat 4 Jenis Produk yang ada dalam shaklee antaranya : Vitamin Nutrisi , Homecare include water filter (Get Clean Water Pitcher) , Haircare dan Skincare.

Penghantaran (Cod) Sekitar kawasan Kudat , Kota Marudu ,Menggatal,Inanam,Kolombong dan Bandaran Kota Kinabalu. Manakala kiriman melalui pos seluruh Malaysia termasuk Sing'pore dan Brunei.

Hubungi saya 
Aelisah Ajun @ Lysa
Email : aelz.lysa@gmail.com
What'sapp/call/SMS : 01151660108

























You Might Also Like

0 comments

Blog Achieved